Seorang pertapa pun akan akhirnya berasa lesu selepas berlawan untuk jangka masa yang panjang, apatah lagi sebuah patung!
Patung ini mempunyai Formasi Pengumpul Roh di dalam badannya dan mereka bergantung pada penyerapan tenaga roh dari persekitaran ataupun daripada batu roh untuk bergerak. Oleh itu, jika mereka terlebih menggunakan kekuatan, sudah pasti mereka akan berhenti berfungsi kerana tidak cukup tenaga.
Ini telah menjelaskan kenapa dua puluh patung telah meninggalkan tempat tersebut selepas menyerang perisai cahaya itu untuk sekejap sahaja. Nampaknya mereka telah terlebih menggunakan tenaga dalam serangan mereka jadi mereka perlu pulang untuk mengecas semula.