Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 672 - Badan Emas Empat Intipati

Chapter 672 - Badan Emas Empat Intipati

Apabila jari Zhang Xuan telah tersentuh kitab Badan Emas Empat Intipati tersebut, dia telah membuat satu salinan dalam Perpustakaan Jalan Syurga. Oleh itu, ia tidak menjadi masalah untuknya jika dia menyimpan salinan asal ataupun tidak.

Asalnya, Zhang Xuan fikir dengan betapa tingginya alam teknik pertapaan ini, ia mesti teramat mendalam dan hebat. Siapa tahu ia akan dipenuhi dengan begitu banyak kelemahan…

Jika dia hanya tahu betapa sampahnya teknik itu sebenarnya, sudah pasti dia tidak akan membuang masa datang ke sini. Dia pergi mengumpulkan buku dari Empayar Huanyu pun lebih baik daripada ini.

Dia yakin dia akan dapat merumuskan sebuah teknik pertapaan badan fizikal yang lebih kuat dengan kitab pertapaan dari Empayar Huanyu!

Dalam erti kata lain, sia sia sahaja dia melalui begitu banyak kesusahan!

Zhang Xuan menggelengkan kepalanya dengan kekecewaan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS