Apabila melihat muka kecewa Wu Zhen, Luo Qiqi berkata, "Dalam erti kata lain, kamu tak dapat mentafsirkannya kan?"
"Jika saya cakap saya boleh… kamu akan izinkan saya untuk sambung ke?" Wu Zhen bertanya.
Semua orang dengan segera menggelengkan kepala mereka.
Xing Yuan mengetap giginya lalu berkata, "Jika kamu berani sambung mentafsirkannya, kamu percaya tak saya akan bunuh kamu sekarang juga?"
Kamu mesti sedang bergurau! Walaupun saya juga berminat untuk membuka jalan ke bilik bawah tanah yang sebenar, saya tidak mahu mati lagi.
Tanpa mengambil kira perkara lain lagi, selepas tiga kali percubaannya, muka dia sekarang sudah lebam teruk kerana jarum tersebut. Jika ini berterusan, sudah pasti dia akan mati sebelum batu nisan itu ditafsirkan.
"Jadi apa patut kita lakukan?"
Memandangkan mereka tidak dapat mentafsirkan mekanisme ini, tidak mungkin mereka akan tunggu di sini sepanjang hayat mereka kan?!
"Biar saya cuba!"