"Kamu…"
Puteri Fei-er hampir muntah darah di situ juga.
Tuang secawan arak untuk kamu? Kepala otak kamu!
Bukankah saya telah menebus diri saya untuk sepuluh hari ke?
Saya bukan orang gaji kamu sekarang tahu tak!
"Saya tahu!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya. "Kami telah bertemu sebelum ini dan sudah boleh dikira sebagai kawan kan, puteri keenam?"
Yu Fei-er menjeling ke arah Zhang Xuan dengan begitu ganas seakan-akan berkata dia akan cekik orang ini jika dia boleh. Dia mengetap giginya dan membalas, "Sudah pasti!"
Dia tidak mempunyai pilihan lain. Dengan berkata yang dia ini kawannya, dia sudah memberi muka kepadanya. Jika Zhang Xuan berkata yang dia orang gajinya, sudah pasti dia akan mati kerana terlalu malu di situ juga.
"Saya akan tuang secawan untuk kamu!"