Ia mustahil untuk angin yang dijana dari pergerakan Zhang shi untuk memotong seutas rambut. Hanya ada satu kemungkinan sahaja berdasarkan situasinya sekarang iaitu pergerakan Zhang shi tadi bukan satu pergerakan sahaja… tetapi beberapa pergerakan!
Namun, serangan tersebut tidak memotong rambut itu secara sepenuhnya, membuatnya kelihatan seperti masih bersatu. Hanya kerana ia telah dilambai oleh angin dengan ringan dan itu telah membuatnya melepasi batasnya lalu berpecah menjadi beberapa bahagian.
Selepas memandang ke bawah untuk melihat beberapa urat rambut berterbangan di merata tempat, dia menyedari yang semua bahagian rambut itu mempunyai kepanjangan yang sama dan tempat ia terbelah licin sahaja.