Panggilan Persekutuan Pedang, Teriakan Naga, fenomena ini merupakan perbuatan seorang di alam Hati Pedang. Selepas mengecapi tahap kemahiran ini dalam seni pedang, pedang seseorang itu akan memperoleh roh dan ia akan membenarkan seseorang itu menggunakannya seakan-akan ia lengannya sendiri. Kepada seorang pakar pedang, tahap ini dapat meningkatkan kebolehannya sebanyak dua kali ganda.
Sesiapa sahaja yang telah mengecapi alam ini sudah layak untuk menubuhkan sekolah mereka sendiri dalam seni pedang.
Malah, ramai ketua mazhab dan maharaja dalam dunia ini belum lagi mencapai tahap ini pun. Siapalah di antara dua orang dalam kabus itu yang telah mencapai tahap yang sebegitu hebat sehingga membuat semua pedang di situ melutut kepadanya?
Siapalah yang memenuhi seluruh pentas itu dengan qi pedang sehingga membuat bulu roma semua orang di situ menegak?