Pertapaan pemuda ini sama seperti sebelum ini sahaja, alam Zongshi. Pada masa yang sama, tiada secebisan tenaga roh pun yang dapat dirasai daripadanya. Ia seakan-akan apa yang Zhang Xuan nampak dalam kesedarannya sebelum ini hanya mimpi sahaja.
"Ada sesuatu tak kena…"
Zhang Xuan berkerut.
Dia telah menyelam masuk kesedarannya sebelum ini dan daripada betapa jauhnya kesedaran orang ini memanjang sehingga jauh mata joharinya tidak dapat sampai ke batas kesedaran tersebut, roh orang ini sebesar gunung gergasi.
Zhang Xuan terfikirkan sesuatu.
'Adakah kerana dia belum lagi menarik keluar rohnya?'
Kekuatan roh seseorang tidak dapat dikenal pasti dengan senang. Hanya selepas rohnya itu dikeluarkan barulah ia akan dapat dikenal pasti.