Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 569 - Mo Gaoyun Ingin Bertemu

Chapter 569 - Mo Gaoyun Ingin Bertemu

"Minta maaf, tuan muda sekarang sedang bertapa, dia tak ingin berjumpa dengan sesiapapun!"

Dalam kediaman tersebut, Sun Qiang melihat dua orang dengan muka serba salah.

Dua orang ini merupakan Tertua Hu dan Guru Sarjana Song Chao. Selepas mendapat tahu Zhang shi itu sudah balik, mereka telah datang melawat kediaman tersebut setiap hari walaupun sudah banyak kali si mulut lancang Sun Qiang cuba untuk menghalau mereka.

"Saya tahu, tetapi pertandingan akan bermula esok. Tak kira apapun, Zhang shi perlu keluar dari pertapaannya hari ini juga…" Tertua Hu tersenyum kelat.

Walaupun empat belas kuasa sebelum ini telah mendiamkan semua berita tentang insiden sebelum ini, sebagai satu daripada kuasa yang terlibat dalam pertandingan ini, Tertua Hu serba tahu juga tentang insiden sebelum ini.

Untuk mampu menghalau begitu ramai orang pakar dan membuat mereka mendiamkan diri selepas kejadian tersebut, latar belakang Zhang shi ini sudah pasti menakjubkan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS