Walaupun begitu, semuanya berbaloi.
Rohnya telah dibahagikan menjadi dua tetapi dia tetap dapat merasai kesedaran daripada kedua-dua roh tersebut, ia seakan-akan kewujudannya telah dipecah menjadi dua. Walaupun kekuatannya telah merosot buat masa ini, selepas dia pulih, kekuatannya akan meningkat dengan mendadak.
Tambahan pula, setelah melihat bagaimana dua minda roh ini mempunyai pertalian, mereka boleh berhubung melalui fikiran sahaja. Melalui itu, kekuatan mereka apabila berlawan bersama sudah pasti bukan sekadar 1 tambah 1. Kerjasama sempurna akan dengan senang meningkatkan kekuatannya sebanyak tiga ataupun empat kali ganda malah mungkin juga lebih.
Bukan itu sahaja, roh yang telah dipisahkan itu mampu bertapa juga. Selepas sekian lama, sudah pasti ia akan mencapai kemajuan dan menjadi lebih kuat sahaja.
"Sudah tiba masa untuk bermula!"
Roh tersebut melihat badan asalnya dan tersenyum sebelum menjunam masuk ke dalam Lotus Sembilan Hati.