Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 561 - Sun Qiang Mengusir

Chapter 561 - Sun Qiang Mengusir

Satu susuk tubuh yang cantik berjalan ke arah kediaman terkini Zhang Xuan – puteri kepada persekutuan itu, Zhao Feiwu.

Setelah melihatnya, Sun Qiang bergegas ke hadapan dan berkata dengan senyuman kelat, "Puteri, tuan muda belum kembali lagi..."

Semenjak pemergian tuan mudanya, Puteri Zhao telah melawat ke kediaman itu sekali dalam masa beberapa hari. Kediaman ini sudah hampir menjadi kediaman tetapnya.

"Saya tahu. Saya hanya bersiar-siar di sini..."

Setelah mendengar kata-kata Sun Qiang itu, kekecewaan jelas berkelip-kelip pada wajah Zhao Feiwu untuk seketika tetapi dia segera menyembunyikannya dengan satu senyuman.

Sun Qiang yang mengetahui puteri ini menyimpan perasaan istimewa terhadap tuan muda itu segera berkata, "Tuan puteri, tak perlu risau. Saya akan segera menghantar seseorang untuk memaklumkan tuan puteri sebaik sahaja tuan muda kembali..."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS