Keempat-empat orang di dalam kumpulan tersebut menuruni binatang roh udara sebaik sahaja ia mendarat ke atas muka bumi.
Salju berterbangan jatuh dari langit. Cuaca terasa sejuk, namun memandangkan pertapa terlemah dalam kumpulan itu iaitu Zhao Ya pun sudah mencapai alam Separa-Unggul, kesejukan itu langsung tidak memberi kesan kepada mereka.
Setelah berkemas-kemas, Zhang Xuan memandang ke arah Halaman Nyalaan Ais di hadapan mereka.
Dari kejauhan, dia boleh merasai kemegahan dan kemewahan yang datang daripada halaman tersebut. Namun walaupun begitu, kemegahan itu tidak begitu mengagumkannya sehinggalah dia berdiri betul-betul di hadapan halaman itu. Daripada hadapan, ia berterusan sehinggalah beberapa ribu meter dengan ketinggian sebanyak lima puluh ke enam puluh meter. Ia kelihatan seperti sebuah kediaman yang telah dibina buat sang gergasi.
Pagar hadapan halaman itu berketinggian beberapa puluh meter dan ia kelihatan sungguh berat.