Semua orang yang sedang berada di luar berasa panik sewaktu kedua-dua lelaki itu sedang berbincang mengenai seni pedang di dalam bilik.
"Ketua Pavilion Kang, Zhang shi sudah berada di dalam bilik selama dua jam sekarang. Awak rasa mungkinkah yang… Ketua Hong telah membunuhnya disebabkan rasa marah?" Su shi bertanya risau.
Sudah dua jam semenjak Zhang Xuan memasuki bilik tersebut, tetapi bukan sahaja keputusannya masih belum keluar, namun nampaknya tiada pergerakan langsung yang telah datang dari dalam bilik. Tiada sesiapa tahu apakah yang sedang berlaku di dalam, malah suasana tegang semakin menebal di dalam bilik itu.