Ketika melangkah ke dalam ruang istirahat itu, Zhang Xuan melihat Su shi dan Ling shi sedang duduk di atas kerusi di bahagian tepi. Setelah mereka melihat Zhang Xuan, kedua-duanya jelas kelihatan lega.
Jika bukan kerana kekecohan yang dia hasilkan di kebun herba beberapa hari lepas, mereka tidak akan tahu yang Zhang shi sudah pun berada di dalam bandar itu.
Sebaik sahaja Zhang Xuan masuk, Su shi segera merenung ke arahnya dengan penuh berharap dan bertanya, "Boleh saya tahu jika... Yang shi ada di dalam Bandar Beribu Empayar juga?"
Ketika di Empayar Tianwu, Yang shi telah membantunya untuk mencapai peredaran ketujuh pada Teknik Solar Mini dan merangsang satu lonjakan yang besar dalam pertapaannya. Bahkan sehingga sekarang, dia masih berterima kasih dengan pihak yang satu lagi itu di atas bantuannya.