"Lotus Sembilan Hati?"
Kali ini, bukan sahaja Zhang Xuan berkerut kerana berasa bingung, Luo Zhu juga sama-sama bingung. Dia tidak pernah dengar tentang nama ini sebelum ini.
"Betul! Lotus Tujuh Hati ini dikenali sebagai harta karun yang mampu ditempa menjadi badan baharu… tetapi, Lotus Sembilan Hati pula merupakan sebuah objek tak pernah muncul dalam Benua Guru Sarjana Sebelum ini. Jika ia perlu diberikan kedudukan, sudah pasti ia akan tergolong sebagai artifak tahap Tuhan!" Pemilik makam tersebut berkata.
"Artifak Tuhan?" Apabila mendengar kata-kata tersebut, semua orang terpegun.