Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 509 - Pawang Jiwa Ditipu

Chapter 509 - Pawang Jiwa Ditipu

Pu!

Apabbila mendengar kata-kata tersebut, Zhao Feiwu, ketua Dewan Han dan yang lain hampir muntah darah di situ juga.

Bukan ke kami semua dalam bahaya? Bukan ke dia itu sedang mengancam untuk membunuh kami semua?

Pawang jiwa merupakan satu pekerjaan paling menggerunkan dalam zaman kuno, malah lebih digeruni daripada para pakar racun. Bukan itu sahaja, orang ini jauh lebih kuat daripada mereka semua, kemungkinan besar sudah mencapai kemuncak alam Fana Unggul…

Bagaimana ia tiba-tiba bertukar menjadi menerima orang itu sebagai pelajar kamu?

Boleh ia menjadi lebih mengarut daripada ini ke?

Walaupun kamu seorang guru sarjana, kamu baru sahaja mencecah kaki kamu ke alam Fana Unggul. Sebaliknya, orang itu telah lama menjadi seorang pakar Fana Unggul! Jurang antara kamu berdua itu tidak dapat dibayangkan… kamu tidak takut dibunuh kerana berkata perkara tersebut ke?

Mata Luo Zhu terbeliak kerana terkejut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS