Pedang itu telah bersamanya selama lima tahun, malah dia telah menghabiskan lebih banyak masa dengannya berbanding isterinya sendiri. Walaupun begitu, dia masih tidak dapat membuatnya menyerah lagi. Sebaliknya, pemuda ini telah berteriak kepadanya dan dengan segera ia mengeluarkan Euforia Roh…
Euforia kepala otak kamu!
Kamu tidak berasa malu ke?
Saya telah melayan kamu seperti kamu moyang saya dan bukan sahaja kamu tidak mengenang budi, malah kamu telah meninggalkan saya untuk orang lain, memperakui mereka sebagai tuan kamu pula…
Ketua Persatuan Zheng berasa seakan-akan hatinya telah dicincang oleh ribuan pisau. Dadanya berasa begitu sebak sehingga dia boleh muntah darah pada bila-bila masa sahaja.
Seluruh mukanya telah bertukar menjadi hijau.
Apakah semua ini?
Adakah mungkin dia perlu menggunakan kekerasan untuk membuatkan pedang itu menyerah kepadanya?