"Tuan muda, adakah kamu… telah bertanya kepadanya tentang Patung Besi Tidak Berjiwa?"
Apabila melihat tuan mudanya sedang menggeletar, tertua tersebut tahu tuannya sudah pasti akan naik gila jika mereka sambung bercakap tentang topik ini. Oleh itu, dia dengan segera menukar topik perbincangan.
"Ah? Saya… lupa!"
Badan Song Chao terhuyang-hayang dengan lemah.
Dia baru sahaja berjaya bercakap satu patah perkataan apabila orang itu mula mendedahkan segala simptom yang dihidapinya. Selepas itu… dia telah terpukau dengan apa yang dia cakap dan tidak sedarkan diri lagi.
Bercakap pun dia tidak mampu tadi, apatah lagi bertanya tentang Patung Besi Tidak Berjiwa tersebut.
Bagaimana mungkin dia dapat bertanyakan soalan semasa dia sedang dipukau?
"Jadi… saya akan cuba bertanya tengok…" Tertua itu berkata dengan perlahan.
"Un, pergilah… hati-hati ya!" Selepas teragak-agak untuk seketika, Song Chao mengangguk kepalanya.