Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 471 - Kamu Berani Tak?

Chapter 471 - Kamu Berani Tak?

Peng peng peng peng!

Dengan pertapaannya yang disekat sekarang, bagaimana mungkin seorang tua dapat menahan serangan Zhang Xuan tersebut. Dengan hanya beberapa seketika sahaja, kepalanya sudah lebam sehingga kelihatan seperti khinzir.

"Saya akan bunuh kamu…"

Sebab dia bawa Patung Besi Tidak Berjiwa itu adalah supaya dia dapat merawat masalahnya. Namun, dia telah dibelasah sehingga begini pula. Tanpa mampu menahan dirinya lagi, lelaki tua tersebut mengetap giginya dalam kemarahan dan matanya menjadi merah.

"Bunuh saya? Saya fikir kamu ingin menggunakan tangan saya untuk membunuh dia? Kenapa pula kamu ingin membunuh saya?"

Zhang Xuan memandang lelaki tua tersebut dengan muka yang gembira sambil tersenyum sindir.

"Apa…apa yang kamu cakap? Saya tak faham maksud kamu!"

Selepas dia mendengar kata-kata Zhang Xuan, lelaki tua tersebut menjadi cemas untuk seketika. Tetapi dia segera menahannya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS