Sewaktu Zhang Xuan masih berasa bingung dengan isi kandungan buku tersebut, lelaki tua tersebut sudah pulih dari situasi pelik itu. Dengan muka pucat, dia meneliti sekelilingnya dan berkata, "Saya tahu niat sebenar kenapa semua orang ingin beli Patung Besi Tidak Berjiwa ini. Jika mana-mana daripada kamu dapat memberikan saya harta karun saya inginkan, bukan sahaja saya akan berikan kepada kamu Patung Besi Tidak Berjiwa ini, malah saya juga akan membawa kamu ke tempat saya menjumpainya supaya kamu dapat mencari dengan sendiri rahsia para pawang jiwa!"
"Apa?"
"Mengikut legenda, Patung Tidak Berjiwa akan mengikuti pemiliknya dan dikuburkan dengannya. Memandangkan hanya pawang jiwa sahaja mampu menciptanya… kemungkinan besar kubur dan tempat dia menjumpai patung tersebut merupakan kubur seorang pawang jiwa?"