Di dalam Empayar Tianwu, ketua Pasukan Bayangan telah memberi genggaman hormat.
"Tuanku, puteri dan Zhang shi dah tiba di Empayar Xuanyuan!"
"Un!"
Selepas mengangguk kepalanya, Mo Tianxue seakan-akan telah teringat sesuatu dan mula mengeluh. "Tiada sebarang salah pun dengan budak itu selain dia terlalu sentimental. Haih, dia betul-betul telah mensia-siakan segala usaha yang telah saya habiskan kepadanya!"
Kemunculan Mo Hongyi sebagai seorang genius antara genius telah membuatkan Mo Tianxue risau tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya. Oleh itu, dia dari awal lagi telah mendidik dan membesarkan anak perempuannya yang paling berbakat, Mo Yu untuk menjadi Maharani Empayar Tianwu pada masa hadapan. Akhirnya, anak perempuannya itu, hanya kerana perasaannya sendiri, telah memutuskan untuk pergi bersama Zhang shi. Ini telah membuat mereka berdua tidak berdaya .