Hati Pedang itu merupakan tahap yang mana seseorang akan mula mengawal pedang itu dengan hati dan niat mereka sendiri. Setiap satu pergerakan seseorang itu sudah boleh diibaratkan sebagai seni pedang.
Jika dibandingkan Niat Pedang dengan Hati Pedang, Niat Pedang ini nampak seperti kebudak-budakan sahaja.
Ia seperti perbezaan antara rumput dengan menara agung.
Ding Hong fikir dengan Niat Pedangnya, walaupun dia tidak dapat mengalahkan Zhang Xuan, dia sekurang-kurangnya masih selamat. Namun, tidak pernah terlintas dalam mimpinya segala yang dia buat itu hanya sampah di depan mata Zhang Xuan… pemahaman seni pedang Zhang Xuan itu jauh melepasinya, sehingga mencapai tahap Hati Pedang!