"Apa?"
Selepas mengecilkan matanya, Ding Hong mula ternampak bayangan seseorang yang sedang berjalan ke arahnya di sebalik debu habuk yang mula reda.
Siapa lagi orang itu jika bukan Zhang Xuan!
Pada saat ini, Zhang Xuan berada dalam keadaan sempurna, tiada satu habuk pun pada bajunya. Ia seakan-akan mangsa serangan tadi bukannya dia.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ialah aura daripadanya. Aura menggerunkan meresap keluar dari setiap penjuru badannya dan jelas dia sudah menjadi beberapa kali ganda lebih kuat daripada sebelum ini.
"Ka…kamu…"
Badan Ding Hong terkaku.
Dia telah melancarkan serangan tersebut dengan kekuatan penuhnya dan dia pasti serangan tersebut terkena. Namun, bukan sahaja Ding Hong telah gagal membunuhnya, malah dia kelihatan seperti telah berjaya mencapai kemajuan ke alam Separuh Fana Unggul. Ini… ini tidak mungkin!