Kesunyian melanda.
Semua orang dan tentera di atas dan di bawah Altar Syurga tersebut yang berjumlah agak-agak beberapa puluh ribu orang, semuanya berasa bingung sahaja.
Dengan hanya satu perkataan, Moyang Tua Ding Hong telah berjaya membuatkan semua orang di situ menyerah kepadanya. Pemandangan dia datang ke medan pertempuran dengan Naga Berkepak Besi sudah terpahat dalam minda semua.
Semua orang fikir Zhang Xuan akan mati dibunuh olehnya tanpa dia dapat berbuat apa-apa, namun, sebelum Ding Hong dapat mencederakannya pun, dia sudah jatuh dari langit…
Apakah!?
Perkara ini boleh menjadi lebih mengarut daripada ini tak?