Setelah mendengar yang tuan muda mereka telah terperangkap, orang-orang bawahan pemuda tersebut yang lain pasti akan merayu untuk menyelamatkannya. Namun, bukan sahaja pemuda ini tidak berasa resah, tetapi dia juga telah merenung wajah ketua-ketua ini dengan riak muka selamba…
Awak ini orang bawahannya atau musuhnya?
Formasi yang berada di bawah mereka itu merupakan satu formasi yang sukar untuk dihentikan oleh Sarjana Pavilion Kang pun! Tetapi, lelaki ini telah memandang remeh terhadap hal ini. Adakah awak ini seorang yang amat berani atau adakah awak benar-benar mahukan tuan muda awak mati di sini?
'Gongzi' hampir pengsan akibat kemarahan yang melampau dan di sisinya, mata Wei Yuqing juga berguling bagai hendak gila.
Jika bukan kerana Zhang Xuan yang telah memperkenalkan orang bawahannya itu kepadanya secara peribadi, dia pasti sudah menganggap lelaki ini merupakan seorang pembohong.