Sunyi sepi.
Ding Mu baru sahaja menyatakan tentang kuasa tidak terhingga yang telah dikecapinya di dalam empayar ini sewaktu perintah daripada pengutus Persekutuan Beribu Empayar itu tiba pada saat seterusnya. Semua orang kebingungan.
Persekutuan Beribu Empayar terletak beberapa ratus ribu kilometer jauhnya dari Empayar Xuanyuan dan ia masih akan mengambil beberapa puluh hari untuk mengembara ke sini walaupun jika seseorang menaiki seekor binatang buas puncak alam Zhizun. Pengutus ini… betul-betul efisien…
"Ini… Tak mungkin! Bagaimana ini boleh terjadi…"
Ding Mu mengangakan mulutnya sehingga rahangnya terasa seperti sudah terjatuh ke atas tanah, kerasionalannya semakin menipis.
Kalian sedang bergurau dengan saya ke?