"Kenapa awak berada di sini?"
Zhang Xuan membisu setelah ternampak wanita di hadapannya.
Setelah mengambil Zhao Ya dan yang lain-lain sebagai pelajar terdekatnya, Zhang Xuan telah menyelesaikan segala urusannya di Empayar Tianwu. Jadi, dia telah memanggil Binatang Bertaring Besi Melolong Firmament dan beredar segera.
Liu shi dan Lu Xun memilih untuk tinggal di Empayar Tianwu, menyedari batasan keupayaan mereka. Persekutuan Beribu Empayar itu dipenuhi dengan ramai pakar-pakar terulung dan mereka tidak mempunyai sebarang sokongan di sana. Lagipun, mereka mempunyai perlindungan dari keluarga diraja dan juga Pavilion Guru Sarjana di Empayar Tianwu ini. Oleh itu, mereka telah memutuskan untuk terus tinggal di sana.
Hanya Sun Qiang sahaja yang berkeras untuk mengikut Yang shi. Disebabkan hal itu, Zhang Xuan telah membawanya bersama.