Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 408 - Pelajar Terdekat

Chapter 408 - Pelajar Terdekat

Bukankah mereka ini kumpulan yang bongkak dari sebentar tadi?

Komander zalim yang berdiri megah di atas binatang buas sebentar tadi… Kenapa pula separuh badannya ditenggelamkan ke dalam tanah bagaikan biji benih?

Dalang utama bagi seluruh kejadian itu, puteri mahkota, telah lebam di seluruh wajahnya bagaikan seekor khinzir. Jika bukan kerana pakaiannya yang tampak elegen, pastinya tiada sesiapa yang bakal sedar dirinya tidak termasuk dalam kumpulan pengemis.

Malah, binatang buas dan ganas itu pun tampak seperti ia telah tercedera teruk daripada impak tadi.

Ini, ini…

Mata Mo Hongyi terbeliak bagaikan loceng gergasi.

Apakah yang telah terjadi? Dalam sekelip mata, kumpulan angkuh tadi telahpun dicederakan sehingga begitu sekali?

Mo Hongyi yang diburu kekeliruan lantas terdengar bunyi pergaduhan di antara dua orang.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS