"Ini Kediaman Suku Lin?"
Sebagai suku nombor satu dalam Empayar Tianwu, walaupun ia lewat malam, Kediaman Suku Lin sepatutnya masih penuh dengan tetamu.
Namun sekarang, ia kosong dan halaman rumahnya telah musnah, langsung tiada seorang pengawal ataupun orang suruhan yang kelihatan di situ.
Ini langsung tidak sama dari apa yang dia ingat sebelum ini.
"Liu Cheng, saya akan bunuh kamu…"
Mata cantik Permaisuri Putera Lin Long terbeliak manakala rambut hitamnya pula seakan-akan dilambai angin walaupun tidak ada angin di situ. Nada marahnya bergema melangkau kediaman tersebut.
Apabila dia menerima berita tentang perkara ini sebelum ini, seorang bernama Liu Cheng sedang membuat hal di Kediaman Lin. Tanpa sebarang keraguan, dialah dalangnya!
"Cepat, cari ayah dan adik saya. Jika apa-apa berlaku kepada mereka, saya mahu seluruh Empayar Tianwu ditimbus bersama dengan mereka!"