Zhang Xuan akhirnya bangun sambil mengurut dahinya.
Terdapat terlalu banyak informasi terkandung dalam Perpustakaan Jalan Syurga dan ini telah membuatnya pengsan lebih lama daripada sebelum ini.
Namun, ganjarannya itu teramat besar juga.
Teknik pertempuran, pakar perubatan, penjinak binatang, doktor, guru sarjana, pakar racun…
Informasi tentang banyak pekerjaan telah menjadi kepunyaannya. Dia tidak perlu menjunam masuk ke dalam Perpustakaan Jalan Syurga lagi untuk mengesahkan informasi ini kerana dengan sekilas pandang sahaja, dia sudah akan tahu.
Untuk mengumpulkan semua maklumat ini, jika seseorang mempunyai ingatan fotogenik, sudah pasti dia akan mengambil sekurang-kurangnya beberapa belas tahun. Sebaliknya, untuk Zhang Xuan, ia mengambil masa satu hari sahaja….
Jika orang lain tahu tentangnya, sudah pasti mereka akan muntah darah.