Huala!
Kekuatan meledak keluar dari tapak tangannya sehingga menimbulkan sinaran cerah daripadanya, menuju terus ke arah Zhang Xuan.
Alam Zhizun yang juga dikenali sebagai Alam Seribu Ding, merupakan alam terkahir dalam 9 Dan seorang Peninju. Di alam ini, keadaan badan dan zhenqi seseorang itu akan mencapai kemuncak sebagai seorang manusia dan kekuatannya tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana di alam Zongshi.
Lin Routian ini hanya berada di Separuh Zhizun sahaja tetapi kekuatannya sudah seakan-akan sungai besar, tidak berhenti dan keterlaluan. Sebelum serangan itu dapat sampai Zhang Xuan, zhenqi daripadanya telah membuatkan batu di lantai hancur seperti cambuk besar sedang menyerangnya.
Selepas mengalirkan zhenqinya ke seluruh badannya, bunyi siulan kedengaran bergegar di udara.
"Harmoni antara Pernafasan dan Darah, Emenasi Zhenqi. Ini… ciri-ciri unik seseorang yang hampir mencapai alam Zhizun!"
Muka Mo Tianxue menjadi pucat.