"Dengan buku emas ini, saya boleh mengasimilasi semua buku dalam Perpustakaan Jalan Syurga!"
Zhang Xuan tersenyum.
Selepas keluar dari Empayar Tianxuan, dia telah melawat Dewan Binatang, Dewan Racun, Persatuan Pakar Perubatan, bilik koleksi buku Empayar Tianwu… terdapat lebih daripada belasan juta buah buku dalam Perpustakaan Jalan Syurga. Banyak ilmu terkandung dalam semua buku tersebut.
Jika dia mengasimilasikan semua informasi itu, tanpa Perpustakaan Jalan Syurga pun, pengetahuannya sudah akan cukup untuk mengagumkan semua orang. Mengambil ujian guru sarjana 3 bintang akan menjadi kacang sahaja.
"Saya patut berfikir tentang itu selepas saya habis mengumpulkan semua buku dalam bilik koleksi buku ini!"
Mengetahui yang ia tidak mudah untuk menghasilkan buku emas ini, Zhang Xuan tidak terlalu tergesa-gesa untuk menggunakannya.