Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 377 - Perasaan Terhutang Budi Lu Chong

Chapter 377 - Perasaan Terhutang Budi Lu Chong

Saya cikgu dia…

Perkataan ini mungkin biasa sahaja, tiada sebarang perasaan di sebaliknya pun. Namun, kepada Lu Chong, ia berasa seakan-akan dikelilingi air suam dan darahnya mengalir dengan cepat melalui badannya.

Kerana datang daripada suku keluarga yang kaya, dia tahu betapa berharganya racun yang gurunya bancuh itu sebenarnya. Dia mengetahui betapa berharganya teknik pertapaan yang diajarkan kepadanya itu…

Tanpa meminta apa-apa sebagai balasan, dia telah memberikan kesemuanya kepadanya, sehingga sanggup berdepan dengan Suku Lin…

Semua ini, hanya kerana dia memanggilnya cikgu!

Cuma kerana dia anak muridnya!

Cikgu, kamu tahu pengakuan kamu ini sama seperti bermusuhan dengan Suku Lin? Mereka tidak akan melepaskan kamu begitu sahaja…

Bukankah ini keterlaluan hanya untuk seorang pelajar yang kamu baru dapat kurang daripada enam hari dan belum lagi berbuat apa-apa untuk kamu…

Saya betul betul telah menyusahkan kamu…

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS