Diam!
Kong shi menerima seorang pengikut adalah satu perkara yang besar dan dapat menggoncangkan dunia ini sehingga ke terasnya. Tidak kira sama ada seseorang itu guru sarjana ataupun tidak, selagi mana dia seorang pertapa, sudah pasti dia begitu teruja sehinggakan boleh terlupa nama mereka sendiri sebaik sahaja menerima kehormatan sebegitu.
Namun, orang ini… menolaknya. Tambahan pula, dengan begitu muktamad dan tekad!
Siapa yang boleh beritahu saya apa yang telah terjadi?
Kemunculan seorang Guru Sarjana Cakerawala sudah cukup mengejutkan… tetapi untuk menolak tawaran menjadi pelajar Kong shi itu sudah cukup menjadikan seseorang itu menggila.
Kesemua guru di dalam Dewan Pengiktirafan Guru menjadi diam seperti sesuatu sedang melekat dan menutup mulut-mulut mereka. Mereka merenung satu sama lain dalam senyap walaupun ribut kuat sedang mengamuk dalam minda mereka.