"Bagaimana"?
Pakar Perubatan Hong Yun melangkah ke hadapan dan bertanya.
"Berjaya…"
Mu Yangfeng kepenatan tetapi keterujaan berkelip-kelip dalam kedalaman matanya. Dia menoleh untuk melihat Ketua Persatuan Liu dengan penuh hormat.
Akhirnya, Mu Yangfeng memahami betapa dalamnya pemahaman Ketua Persatuan Liu terhadap penempaan pil setelah dia menempa pil di sampingnya.
Ini bukanlah satu tahap yang mana seseorang boleh sampai dengan hanya berdasarkan pemahamannya terhadap ubat-ubatan herba.
Walaupun dia tidak mengikuti arahan pihak yang satu lagi itu dengan teliti, beberapa krisis masih berlaku ketika proses itu berjalan.
Ia bukanlah kerana dia telah membuat satu kesalahan tetapi kerana pertapaannya yang terlalu rendah. Empayar Tianwu merupakan sebuah empayar yang boleh tahan hebat juga tetapi ia masih belum berupaya menempa pil gred-4 lagi.