Di dalam Persatuan Pakar Perubatan, Mu Yangfeng terasa seperti dia ingin mati sekarang.
Dia sepatutnya menghalang lelaki itu daripada menulis apa-apa!
Kalau awak tahu mengenai Pil Lautan Buruj itu tidak mengapa, tetapi sepatutnya awak menyemaknya terlebih dahulu! Bukan ke awak berkelakuan terlalu sambalewa dengan menulis jawapannya sejurus selepas memegang dinding tersebut?
Walaupun Pakar Perubatan Mu tidak mengetahui sebab di sebalik kelesapan khasiat-khasiat perubatan di dalam Rumput Mutiara Ungu, Bunga Mahatari Petang dan juga Hijau Berdaun Tiga, namun sebagai seorang pakar perubatan puncak berbintang 2, dia masih tahu sedikit sebanyak tentangnya.
Mendedahkan ciri-ciri sejuk dalam sejenis herba perubatan ke atas suhu yang amat tinggi, mencabut akar-akar Bunga Matahari Petang dan juga menghendaki kematangan yang rendah pada Hijau Berdaun Tiga ituโฆ Apalah yang awak telah tulis ini?