"Sudah hampir bermula…"
Beberapa orang ketua telahpun mengambil tempat duduk mereka yang berada di dalam sebuah struktur menara yang agak jauh. Pandangan mereka ditumpukan ke arah gelanggang pertarungan.
Salah seorang daripada mereka adalah Guru Besar Xie Bi yang hampir termuntah darah akibat kemarahan yang melampau sewaktu dia menilai Zhang Xuan dan bersamanya terdapat beberapa orang lagi ketua akademi yang paling berprestij.
Walaupun pertarungan di antara Mu Xueqing dengan pelajar Zhang shi itu hanyalah perkelahian antara para pelajar sahaja, namun masih terlalu banyak implikasi yang telah berlaku disebabkan hal itu. Oleh itu, para guru ini juga berasa bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.
"Kalau Mu Xueqing berjaya menempah kemenangan, prestij akademi kita pasti akan menjulang tinggi!"
Seorang ketua berkata sementara dia sedang mengusap-usap janggutnya.