Apabila dapat mengaktifkan formasi itu dengan serta merta, ini hanya memberi makna tentang satu perkara saja… Orang itu telah menjumpai teras formasi itu!
Sepanjang perbualan itu, Sarjana Besar Lin Tao dapat mengetahui yang pihak satu lagi itu tidak tahu tentang teras formasi langsung. Namun, sejurus selepas itu, pihak itu dengan sepantas kilat menjumpai teras formasi itu, bahkan menggunakannya juga…
Adakah ini benar?
Tubuh Sarjana Besar Lin Tao menggeletar dan dia berasa seolah-olah hendak pengsan.
Lokasi teras formasi akan berubah seiring dengan perubahan persekitaran seseorang itu. Tanpa sebuah kompas dan pemerhatian yang teliti, seorang pakar formasi peringkat awal 3-bintang seperti ketua suku juga mustahil untuk menjumpainya. Namun, tanpa menggunakan apa-apa peralatan langsung, orang ini hanya terlompat-lompat dan… dengan hanya satu tendangan berjaya membuatkan formasi itu diaktifkan dengan serta merta!