Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 341 - Batu Roh

Chapter 341 - Batu Roh

Bukan sahaja dua orang genius ini telah hampir naik gila dengan kelakuan acuh tidak acuh cikgu Liu itu, malah mata Mo Yu sendiri sedang menggeletar tanpa kawalan dan dia hampir mengamuk di situ juga.

Dia sudah berasa cukup malu untuk menjemput orang ini secara peribadi, namun orang ini masih berkelakuan begini.

Hal ini seakan-akan tuan puteri itu tidak bermaksud apa-apa pun kepadanya.

Sewaktu perjumpaan pertama, orang lain mesti akan menyapanya dengan penuh hormat seperti 'memberi penghormatan kepada Puteri Mo Yu' ataupun 'menjadi kebanggaan saya untuk bertemu dengan kamu' dan cuba dengan sedaya upaya mereka untuk menjadi sebudiman mungkin. Namun, orang ini terus cakap 'apa kamu buat di sini' sebaik sahaja dia melihatnya…

Kita ini kenalan rapat ke?

Jika bukan kerana ayah saya asyik berleter kepada saya, kamu ingat saya nak sangat berada di sini ke?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS