Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 318 - Mod Neraka

Chapter 318 - Mod Neraka

"Biasanya, akademi itu hanya melantik guru-guru baru pada permulaan semester, bukan? Untuk perlantikan awam yang diadakan sekarang, adakah itu satu tindakan yang disengajakan oleh Pavilion Guru Sarjana?"

Selepas memasuki akademi, Zhang Xuan melihat ramai pelajar yang sedang tekun menelaah dan berlatih dengan tenang di dalam kampus. Seolah-oleh terpengaruh dengan persekitaran itu, tiba-tiba dia berasa tenang. Dia berpaling ke arah Mo Hongyi lalu bertanya.

Kebanyakan akademi menerima pelajar pada permulaan atau akhir semester supaya apabila terdapat pelajar baru yang tiba, mereka dapat memilih siapakah yang ingin mereka jadikan sebagai guru mereka.

Berdasarkan masa sekarang, ianya sudah pun dua bulan berlalu semenjak permulaan semester. Jika mereka ingin menerima guru-guru baru sekarang, siapa pula yang akan mereka ajarkan? Adakah guru-guru lain dijangka akan 'menyumbangkan' pelajar-pelajar kepada mereka?

Ini kelihatan seperti tidak praktikal.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS