"Batu Pencerahan yang kita gunakan dipanggil Batu Pencerahan bawahan dan ia hanya akan dapat mengesan Kedalaman Jiwa 9.0 ke bawah. Maksudnya, kita hanya akan mampu mengesan Kedalaman Jiwa seorang guru sarjana 3 bintang dan ke bawah. Selepas ia melepasi had itu… Batu Pencerahan akan hancur begitu sahaja."
Ketua Pavillion Jiang mengangguk kepalanya sambil menuding ke abu di lantai. "Jika tidak, bagaimana Batu Pencerahan yang kuat ini boleh hancur selepas disentuh?"
"Selepas kamu menjelaskannya, ia masuk akal juga!"
Semua orang terpegun sekali lagi.
Seperti jed berharga, Batu Pencerahan ini teramat kuat. Susah untuk pedang pun meninggalkan kesan calar padanya. Namun, selepas disentuh, ia hancur begitu sahaja. Situasi ini betul-betul pelik.
"Maksud ketua pavillion adalah… Kedalaman Jiwa Zhang shi ini kemungkinan… lebih daripada 9.0?"
Selepas menyedari maksud di sebalik kata Ketua Pavillion Jiang, Tertua Zhu membalas dengan nada terkejut.