"101?"
Mo Hongyi mula menggeletar tanpa kawalan sehingga hampir jatuh ke lantai.
Haram jadah!
Markah paling tinggi dalam Pavillion Kerja Sokongan itu hanya 100 sahaja dan kamu memberitahu saya dia sekarang ada 101 markah?
Benar ke tak kamu ini?
Tidak hairan kenapa pelayan dia itu sedang menggeletar seakan-akan dia sudah naik gila! Jika Mo Hongyi berada di tempatnya pun, dia juga akan menggeletar tanpa kawalan!
Dengan hanya mendapat 60 markah sudah cukup untuk membuatkan dia menjadi idola orang ramai. Jadi, bagaimana pula dengan 101 markah mampu buat?
"101 markah itu bukan penghujungnya. Markahnya masih meningkat dan sampai sekarang pun ujian dalam Pavillion Pekerjaan Sampingan belum berakhir lagiβ¦" Pelayan itu mencelah.
"Ujian itu belum habis lagi?"
Mo Hongyi tiba-tiba berasa seakan-akan ingin mencabut keluar rambutnya!
"Mari kita pergi melihat!"