"Guru, mengapa kamu berada di sini?"
Zheng Yang tidak dapat menahan dirinya lalu bertanya. Pelajar-pelajar yang lain turut menoleh melihat ke arahnya.
Mereka telah mencari di seluruh kawasan sekitar tetapi tidak dapat melihat satu pun petunjuk dia berada di bandar itu. Namun... nampaknya mereka telah tinggal di rumah penginapan yang sama.
Sudah menjadi kebiasaan, seseorang itu selalunya akan terlepas pandang tempat yang paling dekat dengannya.
"Saya baru sahaja tiba di Empayar Tianwu hari ini. Rumah penginapan inilah yang paling dekat dengan pagar-pagar bandar, jadi sebab itulah saya juga turut menginap di sini!" Zhang Xuan tersenyum.
Inilah satu-satunya penginapan yang selesa dan terletak berhampiran dengan pagar-pagar bandar. Jika bukan di sini, di mana lagi yang dia akan pilih?