Hu!
Zhang Xuan mengosok-gosok dahinya sambil menghembuskan nafas yang dalam.
Bagi Zhang Xuan, walaupun terdapat banyak buku dalam Persatuan Pelukis, ini cuma bermaksud perjalanan lebih panjang. Dalam masa kurang dari sejam, dia berjaya menyalin semula semua buku dalam perpustakaan itu ke dalam Perpustakaan Jalan Syurga.
"Walaupun saya dapat menyiapkan lukisan peringkat kelima, pemahaman saya mengenai pekerjaan ini sangatlah kurang. Sekarang saya sudah memiliki buku-buku ini untuk mengukuhkan lagi ilmu saya, akhirnya saya boleh berbangga dengan status saya sebagai pelukis tiga bintang!"
Melihat buku-buku yang tersusun rapi di Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan meregangkan belakang badannya dengan malas.
Walaupun dia telah berjaya menghasilkan lukisan peringkat kelima dengan menggunakan teknik-teknik yang disebut dalam buku-buku Guru Lu Chen, dia tidak mengetahui banyak tentang sejarah asal lukisan, pelbagai gaya lukisan, sekolah dan sebagainya.