Selepas kekecohan yang terjadi antara Zhang Xuan dan para perempuan di situ, semua orang sudah mula berjauhan daripadanya. Ini telah membuatkan dia nampak lebih menonjol daripada orang lain.
Ketika semua orang sedang membuat tawaran, mereka berdua sedang bercakap tentang perkara lain dan apabila melihat situasi ini, tuan muda Ji Mo berasa kurang puas dan rasa seperti orang ini tidak menghormatinya. Oleh sebab itu, dia telah mendengar perbualan mereka dengan teliti dan nampaknya mereka sedang memandang rendah kepada karyanya itu. Bagaimana mungkin dia dapat bersabar dengan perkara ini? Oleh itu, dia terus berteriak pada mereka dengan segera.
Mereka itu jelas sedang mencabar nama baik dan kedudukannya.
Dia ingat orang itu akan meminta maaf dengan segera sebaik sahaja dia menyoal mereka tetapi sebaliknya, dia bercakap perkara ini kepadanya pula.
Sebuah mainan yang seorang perantis pelukis pun boleh buat…