"Ya!"
Gu Mu tahu badannya sudah merosot ke tahap paling teruk jadi dia ingat ia akan mengambil beberapa bulan untuk orang ini merawatnya sepenuhnya. Namun, sebaliknya, orang ini cakap dia hanya perlukan tiga kali rawatan sahaja. Oleh itu, dia tidak dapat menahan dirinya daripada berasa kagum dengan pak cik seniornya ini sekali lagi.
"Sepatutnya tidak ada sebarang masalah dalam jangka masa terdekat ini dengan keadaan kamu sekarang, jadi saya akan mengatur untuk dua rawatan kamu pada masa lain. Satu lagi, saya akan membiarkan kamu uruskan hal tentang Benih Teratai Api ini sendiri! Lebih-lebih lagi kerana kamu ini wakil daripada ibu pejabat, jadi baik saya tidak campur tangan dalam perkara ini!"