Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 280 - Tayangan Kekuatan

Chapter 280 - Tayangan Kekuatan

"Kamu Pak Cik Senior cikgu saya?"

"Atuk Senior kepada wakil?"

Raja Herba Terulung dan Tukang Rumah Lu hampir mencabut janggut mereka daripada muka mereka sambil memandang antara satu sama lain.

Bukankah kamu Doktor Bai?

Bukan ke kamu tidak tahu sama ada seorang wakil akan datang ataupun tidak dan jika ada sekalipun, kamu tidak tahu bila dia akan datang?

Bukankah kamu seorang penyamar?

Sejak bila kamu… menjadi atuk senior kepada si wakil ini?

Haram jadah!

Lebih penting sekali… si wakil pula yang sedang kaku dalam situasi ini. Dia nampak macam tidak tahu pun dia mempunyai atuk senior!

Kamu boleh sahaja berlakon sebagai senior, junior, kenalan, mahupun kawan lamanya… tetapi kamu pilih untuk mengambil posisi yang begitu tinggi sekali.

Abang, kamu ini memang pandai bercakap ya!

Jika meraka dalam kedudukan Zhang Xuan sekarang, mesti mereka tidak akan berani untuk berfikir tentangnya pun.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS