Para pengawal di situ telah mengetap gigi mereka dan masih bertolak ansur apabila orang ini menampar Raja Herba Terulung kerana dia mengatakan ia teknik rahsia.
Namun, dia telah keterlaluan dengan mendakwa Raja Herba Terulung sedang menerima balasan daripada perbuatannya sendiri. Jelas ini sebuah provokasi jadi bagaimana mungkin mereka biarkan sahaja?
"Berani kamu!"
"Kamu mencari mati yea!"
Semua pengawal di situ menjeling dengan marah pada Zhang Xuan sambil memegang pedang di tangan mereka. Dengan satu arahan sahaja, mereka dengan segera akan cincang orang jahanam ini menjadi jutaan cebisan.
"Mesti ada sesuatu tidak kena dengan kepala orang ini."
"Saya sudah lama kenal Bai Chan, walaupun perwatakannya tidak berapa baik, tetapi kepalanya masih waras. Kenapa pula dia menjadi begitu bodoh tiba-tiba?"