Penjinak binatang di Dewan Binatang semua tidak berguna?
Mendengar perkataan itu, semua orang turut naik marah.
"Apa dia cakap?"
"Siapa orang ini? Dia sedang mencari mati ke?"
"Untuk berani menghina penjinak binatang, dia mesti sudah tidak mahu hidup lagi!"
…
Semua orang menjeling Zhang Xuan dengan mata dipenuhi dengan niat ingin membunuh.
Sebab dia Dewan Binatang ini telah menjadi begitu termahsyur kerana para penjinak binatang ini. Namun orang ini berani menghina semua penjinak binatang di sini. Mesti ada sesuatu tidak betul dengan kepala orang ini!
Badan Shen Bi Ru juga mula menggeletar sambil dia menarik lengan lelaki di depannya itu. Dia hampir pengsan kerana terkejut.
Kami sekarang di mana tahu tak?
Dewan Binatang!
Untuk kamu bercakap semua penjinak binatang di sini tidak berguna, bukan kamu sedang mencari pasal ke?
Ini bukan lagi tergesa-gesa, ini jelas satu provokasi!