Tanpa menyedari apa Shen Bi Ru dan Han Qiong sedang berfikir, Zhang Xuan mula mengurut dahinya. Apabila dia mula berfikir tentang perkara dia yang dia perlu uruskan sebelum bertolak, tompok hitam mula menjelma di bawah matanya.
"Cikgu Zhang, jangan tinggalkan kami…"
"Kamu akan pergi ke Empayar Tianwu? Bawa kami bersama juga!"
"Kami ingin bersama cikgu…"
Zhao Ya, Zheng Yang dan pelajarnya yang lain mula bercakap.
Mereka telah terdengar perbualan Zhang Xuan dengan kedua-dua orang guru tadi dan niat mereka jelas terpapar dalam mata mereka.
"Kamu semua ingin ikut saya?"
Zhang Xuan berpaling melihat mereka, "Kamu patut fikir semula. Saya ingin bertolak ke empayar bertahap lebih tinggi, terdapat ramai pakar di situ dan lebih banyak lagi kesusahan dan bahaya jika kamu mengambil keputusan untuk ikut saya. Sedikit sahaja kesilapan boleh mengakibatkan kematian kamu semua!"