Bukan bakat dan kemahiran sahaja yang menjadi faktor Lu Xun menjadi guru bintang nombor 1 di Akademi Hongtian. Paling penting sekali ialah wataknya. Tidak kira apa cabaran yang dia sedang hadapi, dia akan tenang sahaja, tidak membenarkan keangkuhannya untuk mengaburi pemikirannya. Walaupun reputasi Zhang Xuan itu teruk, Lu Xun tidak memandang rendahnya dan membuat segala persediaan awal.
Sebelum memilih pelajar mana untuk dihantar ke perlawanan ini, dia telah mengkaji terlebih dahulu pelajar Zhang Xuan dan memilih kombinasi paling bagus untuk melawannya.
Berdasarkan pengajiannya, Zheng Yang telah membesar dengan Mo Xiao dan mereka berdua telah berlatih teknik lembing bersama-sama. Namun, bakat Mo Xiao ini jauh hebat berbanding Zheng Yang. Tambahan sejak dari dulu lagi, setiap kali bertarung, Mo Xiao tidak pernah kalah.
Ini sebabnya dia telah mengambil Mo Xiao daripada kawan baiknya, malah menyuruh kawan baiknya untuk mengajar Mo Xiao teknik lembing Suku Wang.